Bardahl ujian 'Perjalanan Tanpa Minyak'
http://goo.gl/NmwpeS
Bagaimanakah membuktikan sesuatu produk rawatan enjin itu betul-betul berkesan memberi perlindungan tambahan kepada enjin anda? Bardahl membuktikannya melalui ujian 'Perjalanan Tanpa Minyak' yang dilakukannya secara kerap.
Dalam ujian ini, Bardahl B1 ditambah ke dalam minyak pelincir di dalam enjin. Enjin kemudiannya dibiarkan beroperasi selama 10 minit. Selepas itu, campuran minyak enjin dan Bardahl B1 disalirkan keluar dari enjin dan kenderaan dipandu tanpa minyak pelincir.
Perjalanan terjauh Bardahl iaitu 1,330 km yang dilakukan pada tahun 1999 telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records. Rekod ini belum dipecahkan sehingga hari ini. Pada tahun 1999, dua buah kereta biasa masing-masing telah memulakan satu perjalanan yang menakjubkan dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam kemudian pulang ke Petaling Jaya meliputi jarak sejauh 1,330 km tanpa minyak enjin dan tiada apa-apa kerosakan enjin pun!
Seluruh perjalanan itu telah disaksikan dan disahkan oleh para pegawai dari Automobile Association of Malaysia dan The Malaysia Book of Records.
Facebook: Bardahl Malaysia
https://www.facebook.com/bardahlmy
No comments:
Post a Comment